Ya Allah, jika telah Engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melyari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya Allah, seandainya telah Engakau takdirkan dia bukan miliku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang tercinta, gantilah yang telah hilang , tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdir Mu.sesungguhnya apa yang Engkau telah takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik bagi hambaMu ini.
Ya Allah, cukuplah sahaja engkau yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah Engkau juruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang Engkau redai, dan kurniaknlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Amin~
ReplyDelete:D
Amin. Ya Rabbal A'lamin~
ReplyDeletelike :)
ReplyDeletebesties..
sori lama x update busy bah ~
nanti sa update ceta2 sa ah :)
yg pasal profile diri 2..
insyaAllah sa buat ASAP :)
soriii~
hoho.
ReplyDeletenda pa bh.
paham jugak tu.
kalu bkn busy bkn puan farrah kta la ni.
hihi.
hehe..wink2 *_*
ReplyDeletehahah~